BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Jun. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi penetapan dan pelantikan pegawai-pegawai seperti berikut.
Pemangku Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, untuk ditetapkan dan dilantik dalam jawatannya sebagai Pesuruhjaya Polis; dan Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji ldris untuk ditetapkan dan dilantik dalam jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis.
Tarikh penetapan dan pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa pada Khamis, 15 Zulhijah 1446 Hijrah bersamaan 12 Jun 2025 Masihi.